Saturday, January 31, 2009

Kempen Boikot Berterusan



Wednesday, December 31, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 H



Maksud Firman Allah SWT


Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: (Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing. Kemudian kamu telah berikrar akan mematuhi perjanjian setia itu dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

'Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.'
Surah Al-Baqarah : Ayat 84 - 85

Demikianlah Allah SWT menerangkan sikap dan tingkah laku sebenar orang-orang Yahudi yang tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Sebagai Muslim, kita perlu berhati-hati dengan segala helah dan tipu daya mereka khususnya Rejim Zionis. Hari ini kita menyaksikan bagaimana Rejim Zionis ini menyerang, menghalau dan membunuh saudara kita di Gaza. Sesungguhnya benarlah apa yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Saturday, December 20, 2008




AKSI Chong Wei ketika menentang Kit Yan di Kota Kinabalu semalam.

'Saya tak begitu serius terutama dalam set kedua'

LEE Chong Wei mengatur pertemuan menarik di separuh akhir menentang jaguh Indonesia, Taufik Hidayat pada ketika Malaysia sudah memastikan seorang wakil dalam final beregu lelaki apabila Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari akan berentap sesama sendiri, hari ini.

Pada hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan kejohanan badminton Siri Super Masters Akhir di Stadium Tertutup Likas, Kota Kinabalu, semalam, Chong Wei memastikan dirinya selaku juara Kumpulan A dengan kemenangan ketiga berturut-turut apabila mengalahkan Chan Yan Kit dari Hong Kong 21-13, 20-22 dan 21-18.

Pertemuan separuh akhir dengan Taufik, yang muncul juara Kumpulan B, hari ini menghadirkan peluang kepada dirinya untuk menebus dua kekalahan kepada juara Olimpik 2004 tahun ini - iaitu di Terbuka Perancis dan Macau dan juga semakin mendekatkan diri menamatkan kemarau kejuaraan sejak Jun lalu.

“Hari ini saya tidak begitu serius dalam permainan terutama sekali dalam set kedua,” kata Chong Wei, yang mengakui agak terganggu dengan masalah sakit belakang.

Taufik, yang mengalahkan Andrew Smith dari England 21-8, 21-17, semalam, tidak berani meramalkan peluangnya menentang Chong Wei.

“Ya, memang saya menang dua kali ke atas Chong Wei,” kata Taufik. “Tetapi kali ini berbeza dengan keadaan fizikal saya kurang baik akibat kecederaan belakang yang membuat saya masih berwaspada.”

Ditanya apakah prestasi Chong Wei sudah merosot sejak kalah kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing, Taufik sekadar berkata: “Saya tidak tahu. Tetapi apa yang pasti dia masih pemain nombor satu dunia."

Wednesday, December 17, 2008

SOLAT DAN SAINS

Mari kita kaitkan soal pergerakan tubuh dan penggunaan otak secara kerap ini dengan kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam yang mukalaf dalam hidup mereka. Kewajipan yang disebutkan ialah solat lima kali sehari.

Kajian ttg solat telah dilakukan oleh professor dari Amerika. Beliau bukan setakat mengkaji solat itu bahkan perintah berjemaahnya sekali. Beliau mencari sebab mengapa Islam mementingkan jemaah apabila bersolat.

Kajiannya mendapati tubuh manusia mengandungi 2 cas elektrik iaitu cas positif dan cas negative.Katanya dalam aktiviti harian seorang manusia, proses pembakaran tenaga akan berlaku. Dalam proses ini, berlaku pertukaran cas antara positif dan negative. Akibatnya ialah ketidakseimbangan cas dalam tubuh. Cas-cas ini perlu diseimbangkan kembali untuk kesegaran tubuh ke tahap normal.

Kajian profesor menunjukkan solat beramai-ramai atau berjemaah itu serta jumlah rakaat yg berbeza-beza antara satu solat dengan solat yang lain akan menyeimbangkan cas berkenaan. Dalam solat berjemaah, makmum perlu meluruskan barisan, digalakkan bertemu bahu dan bersentuhan hujung jari kaki.

Cas yang berlebihan, sama ada negative atau positif akan dikeluarkan dalam keadaan begini manakala yg berkurangan akan ditarik ke dalam badan.Semakin lama sentuhan ini berlaku, semakin seimbanglah cas yg dikeluarkan atau ditarik ke dalam.

Beliau mengatakan apabila kita tidur, tubuh kita mengandungi cas positif dan negative hampir seimbang. Justeru,kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itulah, solat Subuh hanya 2 rakaat.

Setelah sehari suntuk berkerja keras dan memerah otak, semua cas kembali tidak seimbang. Dengan solat berjemaah sebanyak 4 rakaat pada waktu Zuhur, hal ini dapat diperbetulkan. Empat rakaat bererti memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas.

Situasi yang sama berlaku pada sebelah petang tatkala banyak tenaga dikeluarkan untuk menyambung kembali tugas. Sekali lagi kita kehilangan banyak cas. Dengan hukum solat Asar sebanyak 4 rakaat, tubuh kita mendapat peluang untuk mendapat cas yang diperlukan.

Selalunya, pada sebelah malam kita kurang menggunakan tenaga. Antara waktu Magrib dan Isyak , masa yang ada hanya kira-kira sejam. Maka solat Maghrib dilakukan hanya 3 rakaat. Kemudian timbul persoalan di fikiran professor berkenaan tentang solat Isyak. Mengapa ia mesti dilakukan 4 rakaat sedangkan pada waktu itu kita tidak lagi melakukan aktiviti yang memerlukan pertukaran cas yang banyak.

Keistimewaan 4 rakaat pada waktu Isyak akan menstabilkan cas serta memberi tenaga untuk kita bangun malam bagi mengerjakan Qiamullail. Tanpa ragu-ragu beliau mengatakan betapa agama Islam itu sangat lengkap dan istimewa sekali. Bagi orang yang berfikir dan menggunakan otaknya, dia akan mempelajari banyak perkara. Tetapi, orang yg malas hanya menimbun bebalannya.

Wednesday, December 3, 2008

Minyak Wangi ONE DROP PERFUMES



Buat pertama kalinya di Malaysia terhasil satu produk minyak wangi dalam bentuk pati tulen yang didatangkan di dalam empat set berlainan pada harga yang sangat berpatutan.Pati minyak wangi keluaran syarikat EP Ventures ini diformulasikan mengikut bauan minyak wangi antarabangsa tanpa campuran alkohol atau penambhan air. Dengan itu, terhasillah pati minyak wangi dengan harumanyang mampu kekal sepanjang hari walaupun digunakan cuma setitik.Egyptian Potion Perfumes didatangkan dalam pek percubaan yang mengandungi sepuluh botol 2ml pati minyak wangi yang diinspirasikan mengikut wangian dari pelbagai jenama terkemuka yang terdapat di pasaran. Terdapat tiga set wanita dan satu set lelaki yang dijual di antara RM35 - RM40 setiap set. Ia sangat menjimatkan dan merupakan alternatif kepada yang mempunyai bajet perbelanjaan kecil tetapi inginkan minyak wangi yang baunya seakan-akan minyak wangi berjenama. Malah pembungkusan sepuluh botol kecil dalam satu pek memudahkan ia dibawa ke mana-mana.

Pati minyak wangi tulen tanpa campuran air atau alkohol

Di inspirasikan daripada 60 jenama Branded Antarabangsa

Haruman setanding dengan minyak wangi berharga ratusan ringgit

5 kali tahan lebih lama , 10 kali lebih murah WOW !

80 kali penggunaan setiap botol - Jimat ! ! !

Bahan ramuan asli tepu tinggi diimport dari Egypt Cairo Mesir

Halal untuk di bawa sembahyang

10 botol pelbagai haruman x 2ml dalam setiap set

4 Set Wanita dan 2 Set Lelaki ( terbaru 2008 )

Boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderahati istimewa

Wangian kekal sepanjang hari dengan hanya satu titik sahaja.

Sah Untuk solat.


SET WANITA KOD WO1 ( BARU ) - HIJAU - RM40
1. Inspired by Escape, Calvin Klein
2. Inspired by Still, Jennifer Lopez
3. Inspired by Romance, Ralph Lauren
4. Inspired by Pleasure, Estee Lauder
5. Inspired by Cool Water, Davidoff
6. Inspired by For Her, Narciso Rodriguez
7. Inspired by Baby Doll,Yves Saint Lauren
8. Inspired by Apple Blossom, Body Shop

SET WANITA KOD W02 ( BARU ) - PURPLE - RM40
1. Inpired by Tresor, Lancome
2. Inspired by Envy, Gucci
3. Inspired by Heaven, One Drop Perfumes
4. Inspired by Eternity, Calvin Klein
5. Inspired by Gloria, Cacharel
6. Inspired by Miracle, Lancome
7. Inspired by J’adore, Dior
8. Inspired by Intense, Hugo Boss


SET WANITA KOD W03 ( BARU ) - PINK - RM40
1. Inspired by CK Be, Calvin Klein
2. Inspired by Be Delicious, DKNY
3. Inspired by Light Blue, D&G
4. Inspired by Vanilla Musk, Coty
5. Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
6. Inspired by Women Boss, Hugo Boss
7. Inspired by Palace, Paris Hilton
8. Inspired by Poeme, Lancome

.

SET WANITA KOD W04 ( BARU ) - MERAH - RM40
1. Coco Mademoiselle by Chanel
2. Aqua di Gio For Women by Giorgio Armani
3. Lolita Lempicka by Lolita Lempicka
4. Baby Jazz by One Drop Perfumes
5. Gold by Amouage
6. Motana’ Parfum de Peau by Montana
7. Yohji by Yohji Yamamoto
8. Amarigr by Givenchy


SET LELAKI KOD L01 ( BARU ) - BIRU - RM40
1. Inspired by Black, Bvlgari
2. Inspired by Blue Jeans, Versace
3. Inspired by CK One, Calvin Klein
4. Inspired by Eternity, Calvin Klein
5. Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
6. Inspired by Acqua di Gio, Calvin Klein
7. Inspired by Issey Miyaki, Issey Miyaki
8. Inspired by Hugo Men, Hugo Boss


.
SET LELAKI KOD L02 ( BARU ) - OREN - RM40
1. Boss Signature by Hugo Boss
2. Echo by Davidoff
3. Tuscany per Uomo by Aramis
4. Cool Water by Davidoff
5. Drakkar Noir by Gu Laroche
6. Allure Pour Homme by Chanel
7. Le Male by J.P Gaultier
8. Plesures for Men by Estee Lauder

Saturday, November 29, 2008

Kemampuan anak menerima proses berkhatan








MUSIM cuti sekolah sudah tiba. Ketika era kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja, waktu cuti sekolah sebegini memberi peluang untuk mereka melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, sama ada berkelah, melancong atau pulang ke kampung.

Bagi kebanyakan kanak-kanak, cuti persekolahan hujung tahun sememangnya dinanti-nantikan sebagai tempoh bergembira dan bersuka-ria bersama keluarga.

Namun, bagi sesetengah daripada mereka, cuti sekolah juga merupakan satu masa yang digeruni, bukan kerana banyak kenduri kahwin, tetapi waktu kebiasaan untuk majlis berkhatan dijalankan.

Khatan, yang juga dikenali sebagai 'masuk jawi' atau bersunat, menjadi antara acara utama cuti sekolah untuk kanak-kanak lelaki, bagi memberikan mereka cukup masa untuk pulih sebelum kembali ke sekolah.

Bagi kanak-kanak lelaki Islam, berkhatan tidak dapat dielakkan sebagai satu tuntutan agama. Namun, terdapat juga kanak-kanak bukan dari keluarga Islam yang berkhatan atas sebab-sebab kesihatan.

Khatan melibatkan pembuangan sedikit kulit pada pangkal zakar kanak-kanak lelaki untuk membersihkan kawasan tersebut supaya najis tidak terkumpul. Ianya juga telah terbukti mampu mencegah pelbagai penyakit berjangkit.

Pengalaman perlu dihadapi

Tidak pelik untuk kanak-kanak berasa gentar terhadap sesuatu yang melibatkan perkataan 'pemotongan, menggunting, atau membuang' sebahagian daripada anggota badan.

Tambahan pula, sudah sekian lama menjadi amalan masyarakat untuk menakut-nakutkan kanak-kanak mengenai proses berkhatan sebagai satu gurauan atau amaran bagi mereka yang nakal.

Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak perlu berkhatan pada usia lebih muda, kurang memahami apa yang akan dilalui atau dalam keadaan belum bersedia menghadapinya.

Ramai yang setelah dewasa menceritakan bagaimana mereka melalui 'detik-detik cemas' berkhatan dan mengalami 'trauma' yang tidak dapat dilupakan.

Proses berkhatan yang dilalui 'golongan trauma' ini tidak jauh berbeza berbanding kanak-kanak lain tetapi lebih kepada kejutan kerana tidak memahami apa yang sedang berlaku ketika itu dan rasa takut yang melampau.

Selalunya kanak-kanak akan dikhatankan sebelum mencecah umur 12 tahun. Namun sesetengah pihak berpendapat berkhatan pada usia lebih awal memberi manfaat tertentu.

'Lebih awal lebih baik' sering dikatakan sesetengah ibu bapa yang mengkhatankan anak seawal umur tujuh tahun, dan ada juga yang terus dikhatan selepas dilahirkan.

Awal atau lambat ada baik dan buruknya. Namun yang perlu ditegaskan adalah penerimaan kanak-kanak dalam menjalani proses berkhatan supaya tidak meninggalkan kesan psikologi mendalam sehingga dewasa.

Pakar Perunding dan Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Nanda Kumar Rajendram menjelaskan sesetengah kanak-kanak akan berasa amat takut sebelum menjalani proses berkhatan.

"Ada kanan-kanak yang meronta semasa proses berkhatan kerana takut dan ini akan menyukarkan tugas doktor mencucuk ubat bius dan memotong kulit yang ingin dibuang.

"Oleh itu, kadangkala mungkin lebih sesuai bagi kanak-kanak yang terlalu takut untuk menggunakan bius penuh bagi memudahkan proses khatan (dan mengelakkan trauma)," katanya.

Menurut beliau, tidak salah jika kanak-kanak tersebut dikhatankan pada usia yang lebih tua sedikit kerana mereka mungkin akan lebih berani menghadapi proses khatan.

Tambahnya, tisu kulit yang perlu dipotong itu juga tidak jauh berbeza berbanding pada usia lebih muda, bertentangan dakwaan sesetengah pihak yang kulit tersebut akan menjadi liat untuk dipotong.

Pemeriksaan

Selain tuntutan agama dan masalah jangkitan kuman, khatan juga dilakukan untuk kanak-kanak yang mempunyai lubang kencing terlalu kecil.

Menurut Dr. Nanda, khatan dapat memudahkan kanak-kanak membuang air kecil terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas disebabkan lubang pada hujung kulit foreskin terlampau sempit.

"Bagi pesakit yang mengalami jangkitan yang berulangan pada bahagian kulit tersebut, mereka mungkin perlu berkhatan lebih awal bagi mengelakkan masalah lebih teruk kelak.

"Khatan kerana masalah kencing tidak lawas ini banyak dihadapi kanak-kanak bukan Islam yang kebanyakannya berkhatan atas sebab kebersihan diri," ujarnya.

Beliau menyatakan kira-kira lima hingga 10 peratus pesakit yang berkhatan di KJMC berbangsa Cina atau India.

Namun, jelasnya, kebanyakan daripada mereka adalah golongan dewasa yang memilih untuk berkhatan atas sebab-sebab peribadi.

"Pesakit paling tua yang pernah saya khatan berbangsa Sikh dan berumur lebih 50 tahun. Untuk golongan dewasa, tiada alat bantuan boleh digunakan dan hanya melalui teknik biasa jahitan," jelasnya.

Sebelum berkhatan, pesakit perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan penilaian.

Ini dapat membantu doktor menentukan jika perlu menggunakan ubat bius setempat sahaja atau bius penuh di samping memastikan kaedah khatan yang sesuai untuk pesakit.

Doktor juga perlu memastikan tiada masalah kesihatan yang mungkin menyebabkan komplikasi seperti hemofilia, dan mengesan masalah kesihatan sampingan yang dapat dirawat serentak.

Klinik atau wad

Dr. Nanda memaklumkan pesakit yang sudah diperiksa akan dibawa sama ada ke klinik KJMC untuk terus berkhatan atau diberikan tarikh kemasukan wad bagi yang memerlukan bius penuh.

"Seperti yang dikatakan tadi, sesetengah kes mungkin memerlukan atau lebih sesuai menggunakan bius penuh. Untuk itu, pesakit perlu dimasukkan ke wad dahulu.

"Jika tidak memerlukan bius penuh, proses khatan akan mengambil masa kira kira setengah jam, dan kanak-kanak terbabit kemudian akan diberikan ubat serta dibenarkan pulang," jelasnya

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan proses khatan dijalankan di klinik biasa kerana seperti pembedahan lain, berkhatan juga memerlukan suasana steril (bebas kuman) untuk dijalankan.

Pesakit juga dinasihatkan berjumpa kembali dengan doktor selepas berkhatan, mengikut waktu ditetapkan, bagi memastikan pemulihan penuh dan mengelakkan komplikasi lain.

Dr. Nanda menjelaskan terdapat sesetengah pesakit yang tidak akan dikhatankan terlebih dahulu memandangkan kulit yang ingin dibuang itu boleh digunakan untuk rawatan masalah tertentu.

"Ada pesakit yang mempunyai masalah lubang di bawah batang zakar yang menyebabkan kebocoran air kencing. Kes sebegini jarang berlaku, tetapi perlu diperiksa jika kanak-kanak tersebut menghidapinya.

"Pesakit boleh menjalani pembedahan untuk berkhatan dan merawat masalah ini serentak kerana kulit pangkal zakar yang ingin dibuang boleh digunakan untuk menutup lubang tersebut," katanya.

Menurut beliau, ada juga kanak-kanak yang diperiksa mengalami masalah jangkitan kerana kawasan terbabit tidak dicuci dengan elok.

Teknik potongan

Menurut Dr. Nanda, terdapat beberapa teknik berbeza untuk memotong kulit zakar yang ingin dibuang.

"Ada doktor yang menggunting kulit tersebut secara memanjang terlebih dahulu bagi membentuk beberapa segmen sebelum dipotong ke tepi untuk membuang kulit berkenaan.

"Cara ini dapat mengelakkan kecederaan kepada kepala zakar dan tidak meninggalkan terlalu banyak kulit berlebihan," ujarnya.

Beliau menjelaskan antara teknik lain yang digunakan adalah teknik gilotin (pancungan) dengan menarik hujung kulit yang ingin dibuang ke depan dan terus dipotong ke tepi.

"Teknik ini bagaimanapun lebih bahaya, terutamanya jika tidak biasa dilakukan, kerana boleh menyebabkan kecederaan atau terpotong sebahagian kepala zakar.

"Tambahan pula, kulit yang tertinggal juga lebih banyak dan tidak sekata, menyebabkan rupa cantuman kulit (antara kepala dan batang zakar) kurang cantik," jelas beliau.

Selain itu, Dr. Nanda menjelaskan terdapat juga kekeliruan di kalangan ibu bapa mengenai penggunaan laser dalam proses berkhatan.

"Apa yang dikatakan pemotong laser sebenarnya adalah pemotong haba yang 'membakar' bahagian kulit yang ingin dibuang. Laser tidak digunakan untuk berkhatan di Malaysia.

"Kaedah pemotongan ini boleh mengurangkan pendarahan serta mengelak penggunaan pisau ataupun gunting," tegasnya.

Beliau menyatakan kaedah pemotong haba tersebut hanya untuk memotong kulit yang ingin dibuang dan baki kulit tetap perlu dijahit.

Penyembuhan dan komplikasi

Tahap penyembuhan selepas berkhatan tidak semestinya sama walaupun jika melalui proses yang serupa.

Dr. Nanda menjelaskan tahap penyembuhan akan mengikut individu, dan kebiasaannya hanya mengambil antara satu ke dua minggu jika tiada masalah, mengikut prosedur yang digunakan.

"Kanak-kanak yang berkhatan biasanya sembuh dalam tempoh yang dianggarkan tetapi kadangkala ada yang mengalami komplikasi.

"Masalah jangkitan adalah sesuatu yang mungkin berlaku, tidak kira jika ia melibatkan penggunaan alat pengapit ataupun jahitan," katanya.

Menurut beliau, ada pesakit yang tidak suka jahitan dan ada juga yang tidak selesa dengan penggunaan alat pengapit (tekanan pada kulit).

Antara komplikasi yang dikhuatiri dengan penggunaan alat pengapit adalah cantuman baki kulit pada batang dan kepala zakar menjadi senget. Ini berlaku apabila pemasangan alat pengapit (yang perlu dipusing sedikit) menyebabkan lapisan kulit luar teralih sementara lapisan kulit dalam tidak bergerak.

Komplikasi biasa untuk jahitan pula melibatkan sedikit pendarahan. Walaupun tidak teruk dan biasanya tiada masalah besar, ia mungkin akan membimbangkan ibu bapa.

Asasnya di sini, teknik dan prosedur berkhatan tidak banyak bezanya dan kebiasaannya akan membolehkan kanak-kanak kembali aktif dalam masa singkat. Namun perlu juga dipastikan proses berkhatan tidak memberi kejutan besar kepada anak sehingga menjejaskan masa depan mereka.

Bukan hanya dengan memilih prosedur terbaik untuk mereka, ibu bapa dan penjaga perlu menyediakan mereka untuk menghadapi tekanan sebelum, semasa dan selepas berkhatan.

Apa yang perlu ditekankan bukan hanya satu kewajipan untuk menyediakan kemudahan (perubatan) berkhatan terbaik untuk anak-anak anda, tetapi juga menyokong dan meyakinkan mereka bahawa ianya bukan sesuatu yang perlu digeruni. Elakkan pengalaman berkhatan menjadi satu detik hitam dalam sejarah hidup anak anda

Monday, November 24, 2008

Dunia Penjara Mukmin


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini